Tuesday, July 22, 2014

SEJARAH SEKOLAH TINGGI MUAR


Pengenalan

Apabila Sekoiah Tinggi Muar mula di asaskan pada tahun 1902, pembelajaran dijalankan   di   bangunan   sementara   secara  menumpang   sementara menantikan pembinaan bangunan yang tetap. Sehingga tahun 1915 Sekoiah Tinggi telah berpindah sebanyak 3 kali di lokasi yang berbeza mengikut kesesuaian semasa.

Pembinaan bangunan warisan ini pada awal abad ke-20 adalah dalam suasana Inggeris sedang memperluaskan bidang kuasanya di negeri Johor. Era baru bagi negeri Johor bermula dengan pengenalan Penasihat Inggeris dalam pentadbiran Johor pada 1914. Pengenalan pentadbiran British telah banyak memberi kesan khususnya dari segi infrastruktur pentadbiran khususnya yang membabitkan pembinaan bangunan-bangunan bagi menempatkan jabatan-jabatan yang baru diperkenalkan. Muar adalah di antara daerah terawal yang dibangunkan selepas Johor Bahru.

Sebelum diperkenalkan sistem pentadbiran yang dipermodenkan hanya terdapat sistem pentadbiran tradisional yang berfokus kepada ketua-ketua tradisional yang bertanggungjawab pada semua bentuk urusan pentadbiran harian. Pentadbiran moden di Johor adalah bermodelkan sistem birokasi British. Antara elemen yang diperkenalkan ialah pembinaan bangunan-bangunan dari batu bata dan simen serta bumbung genting. Bahab-bahan ini digunakan ialah bagi menghasilkan bangunan-bangunan yang kukuh dan tahan serta ruang yang luas bagi menempatkan pegawai-pegawai dan kakitangan selain untuk tujuan menyimpan rekod-rekod dan dokumen agar keselamatannya terjamin. Sebelum ini bangunan tradisional adalah berasaskan kayu dan atap rumbia.

Di daerah Muar diantara bangunan yang dibangunkan mengikut ciri-ciri kolonial Inggeris ialah bangunan Sekoiah Tinggi Muar. Pada awal abad ke-20 bangunan-bangunan lain yang dibina mengikut ciri-ciri kolonial seperti bangunan pentadbiran ( Bangunan Sultan Ibrahim ), Bangunan Mahkamah, Balai Polis, Bangunan Kastam, Pejabat Pos Lama dan bangunan kedai persendirian serta rumah-rumah kediaman untuk Pegawai-Pegawai British yang kebanyakkannya terdapat di kawasan Tanjung.


SEJARAH SENI BINA KOLONIAL

Bangunan kolonial di Johorbermula beringan dengan perluasan kuasa British di negeri Selat dan di negeri-negeri Melayu terutamanya disekitar abad ke 18 dan 19. Di negeri Johor pembinaan bangunan-bangunan pentadbiran, istana dan juga masjid   telah   dipelopori  oleh   Almarhum   Sultan   Abu   Bakar   apabila   Almarhum memperkenalkan   proses   pemodenan   di   dalam   pentadbiran  baginda.lebih   banyak bangunan-bangunan berunsur seni bina kolonial didirikan apabila British memperkenalkan* pentadbirannya di Johor pada 1914.

Sejarah pengenalan seni bina kolonial telah bermula di Eropah khususnya di Englang di sekitar abad yang ke -17, Eropah memasuki zaman kebangkitan semula atau zaman "Renaissance". Pada zaman inilah ahli-ahli seni bina Eropah dan Inggeris khususnya banyak dipengaruhi oleh bentuk-bentuk bangunan hasil warisan dari zaman Rome dan Yunani purba. Mereka banyak dipengaruhi oleh ahli seni bina Italy abad ke 16 yang bernama Pallalio. Pallalio yang berasal dari Utara Italy banyak menghasilkan reka bentuk yang diilhamkan dari runtuhan bangunan peninggalan tamadun Rome dan Yunani yang berusia lebih 2000 tahun.

Berdasarkan peninggalan monumen bangunan yang dihasilkan oleh Pallalio ini , para arkitek barat dan Inggeris khususnya banyak menghasilkan inovasi-inovasi baru reka bentuk bangunan yang berunsurkan ciri-ciri bangunan dari zaman Yunani dan Rome purba dan kemudiannya pada abad ke 17 dikenali sebagai aliran "Palladian Neo Classicism" (Neo-Klasiks Palladian). Aliran seni bina ini banyak menampilkan hiasan dan motif secara simentri iaitu berbentuk segi empat dan bulatan. Pengaruh ini berkembang dari Eropah dan merebak ke kawasan tanah jajahan British termasuklah di Tanah Melayu.

Di negeri-negeri Melayu, seperti juga di England reka bentuk dan seni bangunan aliran "Palladian Neo Classicism" irii disesuaikan pula dengan suasana iklim dan budaya tempatan . Ini jelas ditampilkan pada seni bina yang terdapat di bangunan warisan 1915 Sekolah Tinggi Muar Johor.

CIRI-CIRI BANGUNAN WARISAN JOHOR

Keseluruhan monumen bangunan warisan adalah berdasarkan ciri-ciri seni bina kolonial Inggeris. Namun begitu tidak dapat dinafikan dalam proses pembinaan reka bentuk bangunan asal ciri-ciri dan pengaruh-pengaruh lain juga diambil kira. Sebagai contoh faktor persekitaran melibatkan ilkim, cuaca, budaya, bentuk muka bumi dan lain-lain lagi juga diambil kira sebagai penentu reka bentuk bangunan. Asas akar umbi reka bentuk bangunan Sekolah Tinggi Muar ini adalah berbentuk Neo Klasiks Palladian gabungan padu antara reka bentuk Inggeris asli dengan penerapan seni bina Melayu. Bangunan wawasan ini gah tersergam indah tetapi berkonsepkan ruang yang terbuka menepati ciri-ciri seni bina bangunan tradisi Melayu.

Bangunan Sekolah Tinggi Muar yang tersergam indah dibina berbentuk simetri melebar sepanjang 246 kaki. Berdasarkan pelan susun letak dari bahagian atas bangunan ini adalah hasil gabungan 6 komponen. Setiap komponen ini dihias dan dihubungkan oleh rangkaian gerbang kecil di sisi sepanjang beranda (corridor) yang dibina sekeliling bangunan. Setiap komponen ini menempatkan bilik-bilik darjah . Dua komponen sebelah kiri berukuran agak besar iaitu 72 kaki X 35 kaki. Sementara dua komponen di tengah dan dua komponen di sebelah kiri mempunyai ukuran yang sama iaitu 42 kaki X 35 kaki. Kesemua enam komponen bangunan ini mempunyai ciri yang menarik iaitu digabungkan antara satu sama lain dan rangkaian ini adalah berbentuk laluan beranda (corridor) yang dibina sekeliling bangunan.

Jika diamati secara terperinci, di antara ciri-ciri seni bina kolonial yang jelas dilihat pada bangunan yang mempunyai dua aras ini ialah lantai yang dibina daripada papan jati dan berada empat kaki dari bumi. Selain itu struktur yang dibina adalah berkonsepkan pusatan iaitu ke enam-enam komponen bilik darjah adalah berpusatkan kepada sebuah dewan serba guna (menampilkan konsep dewan opera) dan kawasan lapang terbuka sebagai tempat rekreasi. Konsep bangunan ini dikenali sebagai "Court Yard" yang merupakan ciri-ciri asli seni bina kolonoal Inggeris .

Satu lagi ciri bangunan kolonial Inggeris yang ketara ialah pembinaan tiang-tiang batu yang   tinggi   dan   besar   berbentuk   selinder  mengelilingi   bangunan   tersergam   ini. Kesemuanya terdapat 86 buah tiang besar dengan 18 tiang besar pada setiap penjuru bangunan   sebagai   tiang asas.  Kesemua 18 tiang penjuru  ini  tidak  berada pada kedudukan 90 darjah dari   aras   bumi.   Setiap penjuru      mempunyai ukuran tapak yang agak lebar      dan      mengufuk secara         menirus kebahagian bumbung bangunan. Kesemua tiang besar ini adalah berfungsi sebagai tiang seri (asas) bagi menampung keseluruhan lokasi bangunan. Nilai estitika di antara tiang-tiang tadi adalah dengan konsep area (lengkungan) terdapat sebanyak 24 area yang unik melengkung dengan berkonsepkan tirai ala Inggeris iaitu di tengah- tengahnya mempunyai bidai yang berbentuk segi tiga berkerawang.

Apa yang menarik dan unik adalah sekeling bangunan ini dibina empat anjung sebagai pintu masuk bangunan. Dua anjung pintu masuk terletak di hadapan bangunan yang berkonsepkan tangga lebar sebagai satu ciri anjung bangunan Inggeris, sementara dua lagi menghadap ke Jalan Meriam. Anjung bertangga lebar ini adalah sebagai pintu masuk ke dalam bangunan menghala terus ke kawasan lapang dan ke kawasan dewan mini di samping digunakan juga sebagai penghubung laluan beranda di kiri kanan (sekeliling ) bangunan. Sistem saluran pancuran air pada asalnya tidak dibina sehinggalah mengalami penambahan berikutan limpahan air hujan yang boleh bertakung di kawasan atas bangunan.

Pada awal abad ke-20 sehnggalah sebelum Perang Dunia Kedua sistem pengudaraan adalah menggunakan konsep alam semulajadi. Pada bangunan ini konsep pengudaraan adalah berkonsepkan sistem pengudaraan bengunan seni bina tempatan iaitu kisi-kisi udara di bahagian atas selepas bumbung juga konsep ruang terbuka juga konsep (kolong) sistem pengaliran udara dari bahagian bawah tanah bangunan. Sistem semulajadi ini memberikan keselesaan kepada pengudaraan keseluruhan bangunan warisan ini. Oleh sebab bekalan elektrik melaiui lampu belum diperkenalkan, maka pencahayaan semulajadi serta pengudaraan di ambil kira dalam mereka bentuk bangunan ini. Bagi mendapatkan keselesaan pengudaraan dan pencahayaan secara semulajadi, reka bentuk bangunan dibina dengan memperbanyak ruang lapang dan luas khususnya di bilik-bilik darjah sepaya aliran dan edaran udara dapat bergera bebas bagi mewujudkan suasana nyaman dan selesa terutama bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment