Monday, July 21, 2014

Baru-baru ini, rakan saya telah menghadiri MSC Malaysia Academician Forum 2009 pada 13th October 2009 di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya. Staf akademik dari pelbagai universiti, teknorat dari pelbagai agensi sama ada kerajaan atau swasta dan beberapa tokoh korporat dalam bidang ICT adalah antara audien yang datang ke forum tersebut.
Forum tersebut diadakan untuk mengetahui perkembangan terkini status program Knowledge Workers Development (KWD) dan program MSC Malaysia Technopreneur Initiative yang dianjurkan oleh Malaysia Development Corporation (MDEC). Selain itu, forum tersebut turut membincangkan dan bertukar pandangan antara staf akademik dan pekerja industri tentang pembangunan modal insan dalam erti kata pelajar dan pekerja ICT di masa hadapan.
Apa yang menarik pada forum tersebut adalah penbentangan hasil soal selidik dari Frost and Sullivan [pdf- boleh muatturun untuk rujukan] tentang Bekalan vs Permintaan Pekerja ICT. Apa yang dapat dirumuskan dalam hasil atau layar pembentangan tersebut [pdf - muatturun] adalah seperti berikut :
  1. Terdapat banyak permintaan untuk pekerja ICT dari tahun ini sehingga 2012. Ini bermakna peluang pekerja untuk pelajar ICT (Sains Komputer, Multimedia, IT, Kejuruteraan Perisian, Rangkaian dsb) di IPTA/S adalah terjamin. Ini FAKTA !!!
  2. 3 bidang pekerjaan ICT yang paling mendapat permintaan adalah pembangunan perisian (41%), rangkaian (21%) dan pangkalan data (12%).
  3. Syarikat ICT berstatus MSC menjana 6,741 jenis pekerjaan bidang ICT pada tahun 2008-2009. Ini FAKTA !!!
  4. Kemahiran yang diperlukan pada 3 tahun datang (2012) adalah : Multimedia tools (19%), SAP (17%), Networking (14%), Database(12%), BI & Analytics (12%), and Software development (11%).
Anda boleh memuatturun slide ini [muatturun] untuk melihat kembali persepsi minda anda selama ini. Jangan bertindak terburu-buru dengan menuduh bidang ICT sudah tepu dan tidak relevan lagi. Dengan fakta yang diberikan, diharapkan anda semua terutamanya para pelajar tidak lagi berasa runsing dan risau tentang masa depan meraka.
P/s: Walau bagaimana susah sekalipun cabaran / masalah yang diterima, yang penting adalah diri anda dan anda mesti kuat semangat, bermotivasi, berhati waja, tidak mudah putus asa, sentiasa mahu belajar perkara baru dan yang paling penting hubungan anda dengan Maha Esa dan manusia mesti dijaga.~YOGES

No comments:

Post a Comment